Harga siling munasabah, untuk daging biasa sahaja: Alexander

[email protected]

Kuala Lumpur: Penetapan harga daging iaitu RM34 sekilogram adalah pada daging biasa dan adalah munasabah.

Bagaiamanapun, bahagian lembu seperti tulang, hati, limpa, perut, usus, ekor, daging batang pinang, daging harimau menangis serta daging yang dibuang urat dan lemak tidak termasuk dalam harga siling Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2021 dan peniaga bebas menjualnya pada harga munasabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengguna yang ingin mendapatkan bahagian lembu premium seharusnya bersedia untuk membayar pada harga yang berkenaan.

Justeru katanya, dakwaan segelintir pihak bahawa peniaga mengalami kerugian disebabkan penetapan harga siling ini adalah tidak tepat.

“Peniaga masih boleh membuat keuntungan dalam tempoh pelaksanaan SHMMP HRP 2021, cuma tidak dinafikan, margin keuntungan mungkin tidak seperti hari di luar pelaksanaan SHMMP ini dan seharusnya dapat ditampung oleh permintaan yang tinggi semasa musim perayaan.

“Pada hari-hari biasa, peniaga boleh menentukan sendiri harga jualan dan margin keuntungan yang dikehendaki. Namun begitu, sekiranya berlaku jualan harga runcit yang tidak munasabah dan terdapat elemen pencatutankepada pengguna, peniaga boleh disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pelaksanaan harga maksimum daging lembu tempatan akan diteruskan seperti diwartakan dalam SHMMP Hari Raya Puasa (HRP) 2021 yang berkuat kuasa pada 21 April 2021 sehingga 20 Mei 2021.

Katanya, penetapan harga siling berkenaan iaitu RM34 sekilogram, dibuat secara seimbang hasil daripada kajian menyeluruh di semua peringkat, daripada pengeluar, pemborong sehingga peruncit dengan semua pihak dipastikan masih boleh mendapat keuntungan.

“Mekanisme yang digunakan adalah menerusi sesi libat urus yang berterusan di antara pemain industri, persatuan pengguna dan agensi kerajaan yang relevan.

“SHMMP HRP 2021 ini turut melindungi kepentingan kumpulan peniaga demi memastikan elemen mengaut keuntungan berlebihan tidak berlaku.

“Perlakuan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga, tidak sahaja berlaku dalam lingkungan antara peniaga dengan pengguna, situasi ini juga boleh berlaku dalam kalangan peniaga sesama peniaga juga, peniaga daging lembu tempatan adalah juga pengguna bagi barang keperluan lain,” katanya.

Menurutnya, pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan setiap hari di semua kawasan di seluruh negara oleh penguat kuasa KPDNHEP juga mendapati secara keseluruhan 99.26 peratus peniaga dari 38,299 premis peruncit dan pemborong mematuhi harga maksimum yang ditetapkan.

Beliau berkata, sehingga kini, hanya 13 peniaga sudah dikenakan tindakan kerana menjual daging lembu melebihi harga maksimum dengan 12 peniaga dikenakan kompaun manakala seorang lagi peniaga masih dalam siasatan.

SHMMP dilaksanakan sebagai satu usaha dan tanda komitmen kerajaan untuk mengurus sebarang risiko kenaikan harga yang tidak terkawal di pasaran akibat permintaan yang meningkat menjelang dan semasa musim perayaan.

“Kementerianmengenal pasti kategori

barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, daging, hasil laut, sayuran dan barang kering di bawah SHMMP HRP 2021 Fasa 1 dan 2,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.