CYBERJAYA – Malakat Mall akan mengadakan semula hari bersama usahawan bagi memberi peluang khususnya kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk mereka di pusat beli belah itu.
Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, program tersebut akan diadakan pada setiap Khamis bermula minggu hadapan.
“Saya akan tetapkan setiap hari Khamis untuk usahawan datang bawa apa-apa jua produk untuk dijual,” katanya dalam siaran langsung menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, beliau bercadang mengatur pertemuan antara usahawan dan Malakat Mall di Pulun 24 yang merupakan sebuah lokasi baharu di sini untuk kegunaan usahawan, pelajar dan orang ramai.
Beliau berkata, Pulun 24 yang dibuka 24 jam pada setiap hari dibuka bagi memberi peluang untuk golongan berkenaan bermesyuarat, berbincang, pitching produk, bisnes coaching dan lain-lain.
Untuk lebih berita di Neotizen News, Klik SINI
Sumber Web: Home – Malakat Tribune