Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Hati-hati tawaran haji, badal haji – MATTA

bhnews@bh.com.my

Have you seen this video?

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran haji dan badal haji yang diterima ketika pandemik COVID-19.

Naib Presiden Haji dan Umrah MATTA, Mohd Azri Abd Razak, berkata ada pihak yang dikesan mengambil kesempatan menawarkan pakej itu dalam tempoh pandemik COVID-19.

Oleh itu katanya, orang ramai diminta membuat pemeriksaan dengan lebih terperinci berkaitan haji dan tawaran badal haji yang diterima.

“Jangan berurusan dengan individu dan syarikat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Urusan membabitkan haji dan badal haji hanya diuruskan oleh syarikat pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dan mempunyai lesen umrah sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azri berkata, bayaran untuk pakej haji dan badal haji mestilah pada harga yang berpatutan dan sesuai dengan keadaan semasa dengan mengambil kira wabak berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, pakej membabitkan muassasah haji hanya diuruskan Lembaga Tabung Haji dan anak syarikat lembaga itu.

“MATTA ingin menekankan bahawa pelaksanaan haji dan umrah kali ini berbeza dengan norma dan amalan sebelum pandemik, malah bakal jemaah harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh pemerintah Arab Saudi,” katanya

Bagaimanapun katanya, sehingga kini Malaysia masih belum menerima kuota haji dari Arab Saudi untuk musim haji 2021.

Namun katanya, kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat hanya membenarkan jemaah haji dan umrah yang sudah menyelesaikan dua dos vaksin yang diperakui negara itu iaitu Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.

“Ketika ini Malaysia sedang menunggu Arab Saudi untuk membenarkan penggunaan vaksin Sinovac yang sudah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Mohd Azri turut berharap, kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa untuk perjalanan haji dan umrah yang ditutup sejak Mac 2020 bagi memberi peluang kepada jemaah yang sudah mendapat suntikan vaksin untuk menunaikan ibadah mereka.

Terdahulu, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tindakan segelintir agensi pelancongan yang cuba menipu orang ramai dengan iklan pakej haji, umrah dan badal haji untuk 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd Kamaruddin Md Din dilaporkan berkata berdasarkan senario penularan wabak COVID-19 ketika ini dan sekatan perjalanan yang sedang dikuatkuasakan kerajaan, penawaran pakej sedemikian amat meragukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version