Hazard minta maaf

Madrid: Zinedine Zidane berkata, Eden Hazard sudah meminta maaf kepadanya, pemain dan kelab kerana bergelak ketawa dengan pemain Chelsea selepas Real Madrid tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara minggu ini.

Hazard bergurau dengan pemain Chelsea, Kurt Zouma dan Edouard Mendy selepas tamat perlawanan di Stamford Bridge, di mana ketika itu Real kalah 0-2 dan agregat 1-3 seterusnya tersingkir dari separuh akhir.

Ia menimbulkan kemarahan dalam kalangan media di Sepanyol dengan akhbar Madrid, Marca mendakwa populariti Hazard sudah jatuh merudum.

Penyerang kelahiran Belgium itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat Real dan Zidane dalam sidang media juga mengakui bahawa Hazard sudah meminta maaf kepada rakan sepasukan.

“Eden sudah meminta maaf dan dia melakukannya dengan ikhlas, bukan niatnya untuk menyakiti hati sesiapa, itu paling utama,” kata Zidane.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.