Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Hentikan aktiviti perlombongan di Tasik Chini – SAM

Kuala Lumpur: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Pahang mengambil tindakan segera dengan menghentikan semua aktiviti perlombongan di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini dan kawasan sekitarnya.

Presiden SAM Meenakshi Raman berkata, hanya dengan komitmen kerajaan negeri sahaja yang mampu menyelamatkan Tasik Chini, Pekan daripada terus mengalami kemusnahan ekosistemnya.

“Antara tindakan segera lain yang perlu dilakukan ialah empangan kecil yang menjejaskan ekosistem semula jadi Tasik Chini hendaklah dirobohkan.

“Tindakan selanjutnya, SAM turut menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia satu daripada kawasan sensitif alam sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan komitmen terhadap isu berkenaan, turut dikhuatiri pengisytiharan Tasik Chini sebagai rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), pada Mei 2009, berkemungkinan akan ditarik balik.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang semalam memaklumkan, tahap kualiti air di Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan.

Isu membabitkan Tasik Chini, tiba-tiba tular di media sosial, baru-baru ini, yang memaparkan gambar keadaan ‘terkini’ tasik berkenaan yang didakwa terancam berikutan aktiviti perlombongan dan menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat termasuk Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa ia gambar lama yang dirakam dua tahun lepas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.