Heung Min beri sokongan kepada Eriksen [VIDEO]

Goyang: Son Heung Min menjaringkan gol kemenangan buat Korea Selatan ketika mengalahkan Lebanon 2-1 dalam kelayakan Piala Dunia sebelum meraikan gol berkenaan dengan menunjukkan tanda sokongan kepada bekas rakan sepasukannya, Christian Eriksen.

Selepas menyempurnakan penalti buat pasukannya bangkit dari ketinggalan untuk mendahului perlawanan di Stadium Goyang, ketua pasukan Korea Selatan itu menunjukkan angka dua dan tiga bersempena nombor jersi dipakai Eriksen di Tottenham Hotspur.

Dia kemudiannya berkata sesuatu ke arah kamera berdekatan padang sebelum menciumnya.

Eriksen rebah ketika beraksi bersama Denmark di Euro 2020 menentang Finland dan memerlukan bantuan pernafasan sebelum di bawa ke hospital namun dia dikatakan kembali berada dalam keadaan stabil.

Kedua-dua pemain itu adalah rakan sepasukan di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selama empat setengah musim sebelum Eriksen menyertai Inter Milan pada 2020.

Heung Min memainkan peranan penting buat Korea Selatan untuk bangkit mencatatkan kemenangan dan melayakkan diri ke pusingan ketiga selepas menduduki tangga teratas Kumpulan H.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.