Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Pqs5Fp.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Pqs5Fp.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Hidup makan lumut, rumput

Salt Lake City: Bergantung hidup dengan makan lumut dan rumput setiap hari.

Itu ikhtiar dilakukan seorang wanita, 47, di Utah, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang sejak enam bulan lalu.

Jabatan Sherif Utah mengesahkan wanita itu ditemui tinggal dalam sebuah khemah di Uinta-Wasatch-Cache National Forest, Utah, Ahad lalu selepas sebuah dron yang mengesannya terhempas di kawasan berdekatan.

“Wanita ini kehilangan berat badan ketara dan sangat lemah, tetapi dia pandai mencari ikhtiar meneruskan hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa percaya wanita itu secara sukarela berpindah ke Diamond Fork Canyon dan bergantung kepada sedikit makanan yang dibawanya termasuk rumput dan lumut.

Dia juga dilaporkan mendapatkan air dari sungai berhampiran.

Jabatan Sherif Utah mula melakukan misi mencari dan menyelamat wanita itu pada November 2020 selepas pegawai Jabatan Hutan Amerika Syarikat menemui kenderaannya terdampar di kawasan tapak perkhemahan sebelum menggunakan dron mengesan wanita itu.

Wanita itu dihantar ke hospital berdekatan untuk melalui ujian kesihatan mental namun sukar kerana kemungkinan wanita itu memilih kembali menetap di hutan itu.

“Dia kemungkinan melalui cabaran kesihatan mental ketika tinggal dalam hutan.

“Kami ingin jelaskan, walaupun ramai orang memilih untuk tidak hidup seperti wanita ini namun wanita ini tidak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang,” kata jabatan itu dalam New York Post.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.