Hidup susah tak halang pelarian Palestin genggam ijazah – ismaweb

LUBNAN, 8 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Meskipun berdepan pelbagai kesukaran menjalani kehidupan di negara bergolak, seorang pelarian wanita berjaya menamatkan pengajian dan mengenggam segulung ijazah di peringkat sarjana.

Nahed Mansour yang kini bergelar graduan daripada Universiti Heriot-Watt di Edinburg bertekad mahu memulakan kehidupan baharu selepas menamatkan pengajian.

Bagaimanapun, graduan kelahiran Palestin itu tidak hadir menerima ijazah berikutan kini menetap di kem pelarian Beddawi di Tripoli, utara Lubnan bersama ibu bapa dan tujuh adik beradik lain.

Nahed yang bekerja sebagai kakitangan kemanusiaan berkata, beliau menamatkan pengajian secara atas talian dan maklumat secara praktikal serta pengetahuan yang diperoleh ketika melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan akan membantu peranannya hari ini.

Beliau turut merancang menyambung pengajian ke peringkat Kedoktoran dan akan menggunakan kelebihan itu bagi menyokong komuniti pelarian untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

“Saya ingin memulakan pengajian ke peringkat PhD dalam kajian politik dan kemanusiaan yang akan memberi kuasa kepada saya untuk bersuara lebih lantang dan menyokong komuniti saya,” katanya.

Katanya, ilmu yang akan diperoleh melalui pengajian di peringkat PhD nanti akan membantu mangsa letupan Beirut di Lubnan pada Ogos 2020 yang telah mengorbankan 218 dan lebih 7,00 yang lain cedera apabila 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di dalam gudang meletup.

Nahed yang juga antara 20 pelajar berjaya mendapat biasiswa untuk pelarian Lubnan berkata, ijazah itu adalah lembaran baharu dalam hidupnya, di mana ilmu berkenaan membolehkan beliau mempraktikkan kemahiran pengurusan yang berkesan untuk membantu penduduk di kem pelarian.- Agensi

Read More

Sumber Web: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.