Hon Jian-Ee Wei makin ‘ghairah’

[email protected]

KUALA LUMPUR: Beregu campuran muda negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei semakin membara untuk menempa nama di pentas antarabangsa selepas menjuarai saingan badminton Siri Antarabangsa Slovenia, semalam.

Ia adalah gelaran kedua berturut-turut buat pasangan muda yang menghuni ranking ke-263 dunia itu selepas turut menjuarai Terbuka Poland, Mac lalu.

“Kami sangat gembira dengan kejayaan ini. Sebelum aksi final, kami sudah bincang mengenai strategi permainan dan kami hanya perlu bermain ikut apa yang sudah dirancang.

“Tidak dinafikan, kami memang agak panik dalam gelanggang tetapi jurulatih banyak memberikan motivasi dan sentiasa kami untuk mengawal emosi. Kami harap kami boleh kekalkan momentum ini,” kata Ee Wei.

Sementara itu, Hon Jian tidak mahu terlalu berpuas hati dengan pencapaian berkenaan sebaliknya berjanji akan terus bekerja keras bagi meningkatkan lagi prestasi mereka.

“Kami akan pulang ke Malaysia dan akan bekerja keras lagi dalam latihan,” katanya.

Hon Jian-Ee Wei yang masing-masing berusia 20 tahun muncul juara selepas mengetepikan cabaran pasangan Indonesia, Muh Putra Erwiansyah-Sofy Al Mushira Asharunnisa 21-18, 21-18 dalam aksi final.

Malaysia turut muncul juara bagi saingan kategori beregu wanita menerusi kejayaan pasangan muda negara, Low Yeen Yuan-Valeree Siow yang mengejutkan pilihan ketiga dari Denmark, Isabelle Nielsen-Marie Steffensen 21-11, 21-15.

Ia adalah gelaran antarabangsa pertama dalam kerjaya mereka selepas dinaikkan ke skuad senior tahun ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.