Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-H7z5OC.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-H7z5OC.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Hospital di Selangor guna kontena untuk simpan mayat Covid-19

Kontena khas yang digunakan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk menyimpan mayat Covid-19.

PETALING JAYA: Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tempat penyimpanan tambahan mayat yang meninggal dunia akibat Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini susulan peningkatan jumlah kematian berkait Covid-19 sepanjang minggu lalu, dengan 245 dilaporkan antara 9 Mei dan hari ini.

“Hari ini, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu,” kata KKM di Twitter.

“Lebih 80% kematian Covid-19 di negara ini (membabitkan) golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.”

KKM juga menyeru agar individu yang tinggal bersama golongan berisiko tinggi, untuk melindungi diri sendiri, supaya dapat melindungi golongan berkenaan.

Hospital Sungai Buloh adalah fasiliti utama rawatan Covid-19 di Selangor,

Selangor adalah antara negeri paling teruk terjejas akibat Covid-19, dengan 18,564 jangkitan tempatan dilaporkan sepanjang dua minggu lalu.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.