Hospital Selayang pula guna kontena

KUALA LUMPUR: Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas, bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19.

Ketua Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang, Dr Zairee Omar, berkata kapasiti peti sejuk untuk penyimpanan mayat yang ditempatkan di Unit Forensik hospital itu hanya mampu menampung 16 mayat dalam satu-satu masa.

Katanya, Hospital Selayang terpaksa menggunakan kontena khas sebagai peti simpanan mayat tambahan yang boleh menyimpan 20 mayat.

“Kita terima kontena ini daripada Jabatan Kesihatan Selangor semalam dan kita terpaksa guna kaedah ini kerana peti simpanan mayat sedia ada ketika ini, tidak dapat menampung jumlah mayat yang semakin meningkat,” katanya, di sini hari ini.

Sebelum ini, Unit Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menggunakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan mayat pesakit COVID-19, berikutan peningkatan kes kematian akibat wabak itu.

Angka korban COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 59 kes kematian baharu semalam, yang menyaksikan jumlah keseluruhan maut wabak itu kini sebanyak 2,491. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.