Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-qxFyRH.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-qxFyRH.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

HRPB kini ‘tenat’ dakwaan palsu

[email protected]

Ipoh: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menafikan dakwaan tular kononnya hospital itu kini berada di tahap kecemasan dan ‘tenat’ berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang tidak terkawal.

Pengarahnya Dr Abdul Malek Osman, berkata sebaliknya keadaan di hospital itu masih terkawal, selain perkhidmatan di hospital itu yang masih berjalan seperti biasa.

“HRPB ingin memaklumkan bahawa mesej berkenaan adalah palsu.

“Masyarakat diingatkan agar tidak menularkan sebarang berita dan maklumat tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyebaran mesej di WhatsApp kononnya HRPB kini menempatkan lebih daripada 20 pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 12 daripadanya di tahap kritikal, selain lima unit wad yang ditukarkan kepada wad khusus menempatkan pesakit positif Covid-19 tahap 3 dan 4 susulan varian dari Afrika.

Abdul Malek berkata, bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengurangkan pergerakan ke tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa.

“Selain itu, pemakaian pelitup muka dan cecair nyah kuman hendaklah sentiasa diamalkan setiap kali hendak berurusan di tempat awam,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Covid-19 Varian South Africa B.1.351 yang dikatakan sangat mudah terjangkit disahkan sudah menyerang Perak khususnya di Ipoh sehingga mencetuskan Kluster Jalan Canning Estate.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.