‘Iboh balit kampung Gawai kelak’

[email protected]

Kuching: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menggesa orang ramai terutama yang tinggal di bandar menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung atau rumah panjang pada Hari Gawai, 1 Jun ini susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sarawak ketika ini.

Pesanan menerusi perutusan Hari Gawai yang dikeluarkan bersama Pakar Kesihatan Perubatan Awam Bahagian Kuching, Dr Eunice Melissa Joseph; Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Johnny Pangkas; Pegawai Pendidikan Kesihatan, Gabriel Alexis dan bekas Pengarah Kesihatan Sarawak, Profesor Datuk Dr Andrew Kiyu Dawie itu turut merayu orang ramai untuk terus duduk di rumah dan tidak merentas daerah.

“Orang ramai juga disarankan untuk tidak melakukan aktiviti ziarah atau ‘ngabang’ pada Hari Gawai, sebaliknya mereka dinasihatkan untuk menyambut perayaan dengan ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja.

“Selain itu, orang ramai juga harus mengelakkan diri daripada berkumpul di suatu tempat dan tidak menganjurkan aktiviti seperti sabung ayam,” katanya.

Menurutnya lagi, situasi pandemik Covid-19 kini semakin membimbangkan dan keadaan berbeza dengan sambutan perayaan Hari Gawai tahun lalu kerana kini ia sudah merebak ke sebahagian besar kawasan luar bandar.

“Jumlah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga meningkat pada tahun ini, malah jumlah kluster di Sarawak juga meningkat dan sebahagian besar daripadanya timbul berikutan pematuhan SOP yang lemah.

“Antara faktor penyumbang kepada kewujudan kluster itu adalah perhimpunan sosial, sambutan ulang tahun, acara perkahwinan, pengebumian, acara sabung ayam dan pergerakan antara daerah,” katanya.

Justeru, orang ramai harus bersama membendung penularan dengan membatalkan hasrat untuk balik kampung, tidak melakukan aktiviti ziarah dan tidak berkumpul pada perayaan Hari Gawai ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.