Baru-baru ini ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman membuat perkongsian seolah-olah merindukan kesemua anak-anaknya selepas dilihat memuatnaik beberapa foto ketika mereka masih kecil.
Throwback Foto Anak-Anak Ketika Kecil
Menerusi hantaran di Instagram, Fauziah Sarman atau lebih mesra disapa sebagai Mamazie ini turut berkongsi nukilan panjang mengenai seseorang individu yang diberi ujian Allah SWT.
“‘Jangan seronok sangat jika belum diuji…Boleh jadi Allah dah tak pandang kita lagi…’
Allahu, tersentak bila dengar ayat ni di radio…Ada orang yang seronok sebab belum diuji, ada orang yang berbangga sebab belum diuji…siap dia meremeh dan merendahkan lagi orang yang sedang diuji, orang yg sedang menerima ujian…
Tanda Allah sayang hamba-Nya adalah melalui ujian…belum beriman seseorang hamba Allah selagi dirinya belum diuji…TITIK..”-nukilan Mamazie di Instagram
https://www.instagram.com/p/C3Opwm-C2TC/
Dinasihati Netizen
Di ruangan komen, ibu kepada penyanyi terkenal ini turut dinasihati salah seorang netizen untuk menjadi neutral serta tidak bersikap pilih kasih kepada anak-anaknya.
“Mamazie perlu jadi neutral, tak ada sebelah anak mana-mana. InsyaAllah akan kembali bersatu nanti. Teruskan berdoa. Doa seorang ibu tiada hijabnya. Soon Mamazie nak timang cucu baru lagi.”-tegur salah seorang netizen.
“Ya, Saya Bersalah. Dengan Anak-Anak Saya Dah…”
Tidak berdiam diri, Mamazie dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan mengakui kesilapannya malah menyatakan bahawa, dirinya telah meminta maaf dengan kesemua anak-anaknya itu.”
“Ya saya bersalah. Dengan anak-anak saya dah minta maaf. Puan maafkan saya juga ya.”-balas Mamazie
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Apa komen anda?
The post Ibu Shila Amzah Dinasihati Netizen Isu Kemelut Dengan Anak-Anak, Ini Responnya!-“Ya, Saya Bersalah…” appeared first on Murai MY.
Sumber Web: Murai MY