Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Impian Jellson, Hanis Jaya tidak kesampaian

[email protected]

Kuala Lumpur: Impian dua penerjun muda negara untuk layak ke temasya Olimpik buat kali pertama terkubur apabila gagal menempatkan diri dalam kelompok 13 terbaik di Kejohanan Terjun Piala Dunia di Jepun.

Jellson Jabillin dan Hanis Jaya Surya sekadar menamatkan aksi di kedudukan ke-34 dan 43 selepas masing-masing sekadar meraih 336.90 mata dan 283.80 mata dalam acara 10m platform individu separuh akhir.

Aksi pusingan kelayakan itu dikuasai penerjun Britain, Thomas Daley yang mengumpul 508.30 mata manakala, Randal Willars Valdez dari Mexico kedua 483.65 dan Ruslan Ternovoi dari Russia 465.70 ketiga.

Dalam acara itu sebanyak 13 tempat ditawarkan kepada atlet bagi melengkapkan kuota 35 atlet ke temasya Olimpik.

Bagaimanapun, peluang untuk atlet negara menempah tiket masih terbuka menerusi acara 3m papan anjal lelaki menerusi Chew Yi Wei dan Muhammad Syafiq Puteh dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform individu wanita.

Juara dunia 2017, Jun Hoong akan turun beraksi pada aksi kelayakan 10 pagi waktu tempatan yang mana dia perlu menamatkan saingan di kedudukan 18 terbaik untuk layak ke Olimpik Tokyo.

Turut beraksi dalam 10m platform adalah Pandelela Rinong yang sudah pun mengesahkan tempat ke Olimpik dalam acara itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.