“Ini Satu Lagi Biadap!”- Yusuf Azmi Seru Polis Ambil Tindakan Terhadap Individu Ejek Laungan Azan

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) Yusuf Azmi tampil meluahkan rasa berang terhadap seorang lelaki yang dilihat seolah-olah mengejek laungan azan ketika berkumandang di sebuah radio kenderaan dinaikinya.

“Ini Satu Lagi Biadap!!!”

Menerusi video yang dimuatnaik di Insta Stories, Yusuf Azmi memberikan amaran agar jangan menguji batasan seseorang serta menyeru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan.

“Ini satu lagi biadap!!! Jangan uji batasan kita!! PDRM mohon ambil tindakan.”-Tegas Yusuf Azmi

Sebelum ini, Yusuf Azmi serta beberapa rakan artis serta badan bukan kerajaan (NGO) pernah hadir membuat laporan polis mengenai video tular seorang wanita yang didakwa menghina Islam di Ibu Pejabat Daerah Brickfield baru-baru ini.

The post “Ini Satu Lagi Biadap!”- Yusuf Azmi Seru Polis Ambil Tindakan Terhadap Individu Ejek Laungan Azan appeared first on Murai MY.

untuk lebih berita di Neotizen News, Klik SINI

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.