Inter lantik Inzaghi sebagai pengganti Conte

Rom: Juara Serie A, Inter Milan melantik Simone Inzaghi sebagai jurulatih baru mereka selepas Antonio Conte meninggalkan kelab berkenaan.

Bekas jurulatih Lazio dan pemain antarabangsa Itali berusia 45 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun di San Siro.

Lapan pasukan yang menamatkan kedudukan di kelompok teratas Serie A bertindak menukar jurulatih sejak hujung musim lalu.

Inzaghi, adik kepada bekas penyerang Juventus dan AC Milan, Filippo, meninggalkan Lazio minggu lalu selepas lima tahun bersama kelab berkenaan, menolak penyambungan kontrak baru bagi mencari cabaran memimpin Inter.

Conte meninggalkan pasukan bulan lalu walaupun mempunyai baki kontrak setahun selepas tidak setuju dengan pemotongan bajet pasukan oleh pemilik dari China.

Bekas pemain Juventus itu menolak perancangan Suning untuk mengurangkan bajet sekali gus menghalangnya untuk membentuk pasukan lebih mantap bagi berdepan cabaran Serie A dan Liga Juara-Juara.

Conte berjaya membawa Inter meraih kejuaraan liga kali ke-19 dan yang pertama sejak Jose Mourinho memenangi treble pada 2010.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.