Iqbal Zulkefli ‘Backup’ Siti Nurhaliza Kerana Dikritik ‘Pasang Impian’ Mahu Sepentas Dengan Adele

Penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli dilihat memberikan teguran terhadap majoriti sikap netizen yang memperlekehkan impian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memasang impian agar dijemput naik ke pentas oleh Adele yang melakukan konsert di London baru-baru ini.

Tegur Sikap Netizen

Menerusi Insta Stories, Iqbal dilihat mempersoalkan sikap netizen yang memandang remeh terhadap impian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Di sini kita nampak komen orang-orang kita, sering menjatuhkan bangsa sendiri. Meskipun orang yang dibanggakan seluruh ASIA, tetap kita memperkecilkan orang kita sendiri.

Sanggup memandang remeh terhadap impian Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Begitulah Masyarakat kita.”-Tegur Iqbal

via Instagram Iqbal Zulkefli

“Sampai Bila Kita Mahu Memperkecilkan Orang Kita Sendiri?”

Akui Siti Nurhaliza merupakan ikon Melayu dan mempunyai keperibadian yang baik, Iqbal turut mempersoalkan berapa lama lagi mereka mahu memperkecilkan ‘orang kita sendiri’.

“‘Cukuplah No.1 dalam negara sahaja’-kata orang kita sambil gelak. Di negara luar, orang cacat diangkat menjadi kebanggaan walaupun langsung tiada bakat namun hanya kerana punya semangat tinggi.

Mengapa orang kita sendiri memperkecilkan orang kita? Sampai bila kita mahu memperkecilkan orang kita sendiri?.”-Soal Iqbal

via Instagram Iqbal Zulkefli

Terdahulu, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja untuk menonton konsert penyanyi terkenal antarabangsa, Adele di Hyde Park.

The post Iqbal Zulkefli ‘Backup’ Siti Nurhaliza Kerana Dikritik ‘Pasang Impian’ Mahu Sepentas Dengan Adele appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.