Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Israel tahan 14 penduduk Palestin

BAITULMAQDIS: Polis Israel menahan 14 warga Palestin semalam di sini selepas berlaku pergelutan antara mereka dan penduduk tempatan.

Have you seen this video?

Kekecohan itu berlaku di luar Pintu Damsyik, Kota Lama Baitulmaqdis iaitu lokasi sama pertembungan antara polis rejim Zionis dengan penduduk Palestin pada bulan lalu, yang disusuli pertempuran 11 hari.

Ketika kejadian, polis Israel sedang menyuraikan ratusan penunjuk perasaan di Pintu Damsyik itu, sejurus selepas sidang akhbar diadakan oleh seorang wakil rakyat Israel, Itamar Ben-Gvir, di lokasi terbabit.

Difahamkan, kenyataan Bem-Gvir menyifatkan keputusan tidak membenarkannya seorang wakil rakyat Israel bercakap secara bebas di Kota Lama Baitulmaqdis adalah satu kemenangan kepada Hamas, mencetuskan kekecohan itu

Ucapannya, yang dibuat selepas pertempuran 11 hari antara para pejuang Palestin dengan tentera Israel yang berakhir dengan gencatan senjata bulan lalu, dikhuatiri meningkatkan semula ketegangan. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version