Isteri Bams Samson nekad nak cerai

 

Jakarta: Perkahwinan penyanyi Bams, 37, dan  Mikhavita Wijaya, 32, berada di hujung tanduk apabila isterinya itu nekad memfailkan perceraian pada 16 April lalu.

Mikhavita dilaporkan membuat keputusan itu dalam diam terhadap Bams atau nama sebenarnya Bambang Reguna Bukit dan itu bukan yang pertama kali.

Jurucakap dari Mahkamah Negeri Jakarta Selatan, di sini, yang dikenali sebagai Suharno mengesahkan perkara itu.

“Ya, sudah didaftarkan sejak 16 April 2021,” katanya.

Suharno juga mendedahkan proses perbicaraan mengenai perceraian itu sudah berlangsung sebanyak empat kali. Mikhavita dikatakan sudah beberapa kali memfailkannya.

Pergolakan rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian sejak Mac lalu apabila timbul dakwaan Mikhavita dikatakan menjalin hubungan sulit dengan bapa mernuanya iaitu Hotma Sitompul.

Pasangan yang berkahwin pada 2014 itu juga mendakwa sudah tidak tinggal sebumbung sejak Januari tahun ini selepas mengalami masalah rumah tangga sejak beberapa tahun lalu.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.