Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Isteriku kahwin lagi!

Beijing: Luluh hati seorang suami apabila mengetahui isterinya berkahwin dengan seorang lelaki lain.

Have you seen this video?

Lebih mengecewakan, berita itu diketahuinya menerusi media sosial.

Agensi berita China melaporkan si suami mengetahui tindakan isterinya ketika melayari platform perkongsian video.

Dia melihat video perkahwinan satu pasangan.

Ketika menonton video berkenaan, nalurinya terdetik bahawa wanita terbabit adalah isterinya kerana raut wajah yang seiras.

Dia kemudian bergegas ke lokasi perkahwinan itu di bandar berhampiran untuk mendapatkan kepastian.

Selepas berbual dengan penduduk tempatan, dia kemudian mendapat pengesahan bahawa wanita terbabit adalah isterinya.

Satu laporan polis kemudian dibuat dan kini pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan.

Setakat ini, lima suspek ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.

Susulan kes berkenaan, polis kemudian mengesan sekurang-kurangnya 19 kes penipuan perkahwinan di wilayah Inner Mongolia dan utara China.

Kes penipuan perkahwinan itu membabitkan kerugian dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version