Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Isu Nama Dipetik Jadi Bahan Lawak Atas Pentas, Iqbal Zulkefli Tampil Bersuara!

Usahawan dan penyanyi sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas juri tetap Muzikal Lawak Superstar (MLS3), Datuk Awie dikatakan telah memberikan teguran terhadap para bintang yang menggunakan isu Iqbal dan Datuk Aliff Syukri sebagai isi kandungan sketsa di pentas.

Tidak Kisah Dijadikan Bahan Lawak

Menerusi Insta Stories, Iqbal akui dirinya tidak kisah jika dijadikan bahan lawak, namun dia tetap bersetuju dengan teguran Datuk Awie terhadap para bintang di pentas MLS3.

“Saya setuju dengan Abang @awieofficial. Bahagian saya, tidak kisah pun mahu sebut atau guna saya sebagai bahan lawak. Sedikit pun saya tak terasa. Cuma jika tidak berbaloi untuk lawak. Takut orang jadi bosan.”-Tulis Iqbal

“Bahan Depan-Depan Saya OK Saja”

Tambahnya lagi, Iqbal juga menyatakan bahawa dia baik-baik sahaja jika ‘dibahan’ secara berdepan atau mengajaknya sekali di atas pentas.

“Kalau mahu bahan saya, bahan kaw kaw baru jadi. Atau bawa saya sekali naik pentas . Bahan depan-depan saya OK saja. Apapun saya support semua dari belakang. Semoga jumpa nanti.”-Tulis Iqbal

Mungkin para bintang sudah boleh memikirkan idea yang berbeza dari yang selalu kita lihat sebelum ini bukan?

The post Isu Nama Dipetik Jadi Bahan Lawak Atas Pentas, Iqbal Zulkefli Tampil Bersuara! appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.