Isu PA ‘Kekwat’, Khairul Aming Tampil Bersuara!

Kecoh di media sosial mengenai pengurus personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang dikatakan bersikap sombong apabila terdapat pihak yang mahu berurusan dengan pengusaha Sambal Nyet itu.

“Saya Sendiri Akan Menguruskan Segala Pernyataan…”

Terkini, Khairul Aming menerusi Insta Stories tampil bersuara terhadap isu yang sedang kecoh melibatkan pengurusnya itu dengan menyatakan bahawa kini dia sendiri yang menguruskan sebarang urusan komunikasi berkaitan mana-mana kerjasama sehingga dia mempunyai pengganti  yang baharu.

“Saya telah memadam semua contact pengurus dari media sosial. Buat masa ini, saya sendiri akan menguruskan segala pertanyaan sehingga ada pengganti baru.”-Jelas Khairul Aming

Akui Bergelut Asingkan Persahabatan Dengan Perniagaan

Tambahnya lagi, Khairul Aming mengakui dia mempunyai pergelutan dalam mengasingkan persahabatan dengan perniagaan disebabkan dirinya yang bermula dari bawah bersama rakan-rakan.

“Ramai juga yang nasihatkan untuk asingkan persahabatan dengan perniagaan, dan saya setuju ni yang paling struggling for me sebab i start dari bawah dengan kawan-kawan. I take note and will do the necessary actions.”-Jelas Khairul Aming

Di akhir hantaran nya, Khairul Aming turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan akan cuba untuk memperbaiki kesilapan di masa akan datang.

The post Isu PA ‘Kekwat’, Khairul Aming Tampil Bersuara! appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.