Itali mula langkah kanan

ROME: Itali mempamer aksi meyakinkan apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Turki, sebentar tadi dalam aksi pembukaan Euro 2020 yang akhirnya bermula selepas setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Semua gol hadir pada babak kedua perlawanan di Stadium Olimpico yang menyaksikan kehadiran suku penyokong daripada kapasiti penuh stadium.

Gol sendiri Merih Demiral meletakkan Itali di depan, sebelum Ciro Immobile dan Lorenzo Insigne masing-masing meledak satu gol buat skuad bimbingan Roberto Mancini dalam aksi sulung Kumpulan A itu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.