Itali pamer taring

Bologna, Itali: Seminggu sebelum saingan Euro2020 bermula di Rome, Itali melakarkan kemenangan 4-0 di Bologna menewaskan Republik Czech 4-0 dan menjadikan ia perlawanan kelapan tanpa bolos mereka.

Ciro Immobile, Nicolo Barella, Lorenzo Insigne dan Domenico Berardi masing-masing mencetak nama sebagai penjaring buat tuan rumah yang akan membuka kempen Euro berdepan Truki Jumaat depan.

Tanpa kehadiran pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Verratti yang masih belum pulih daripada kecederaan lutut, Jorginho, pemenang Liga Juara-Juara bersama Chelsea dan Barella berjaya mencipta rentak buat Itali.

Penyerang Itali, Lorenzo Insigne dan Ciro Immobile mensia-sia peluang awal sebelum Immobile memecahkan kebuntuan minit ketiga.

Barella menyuntik tenaga dari bahagian tengah untuk gol kedua sebelum waktu rehat.

Immobile membantu Insigne untuk gol ketiga hasil daripada pantulan bola yang terbias.

Berardi menamatkan saingan dengan gol keempat yang menceriakan beberapa ribu penonton di Stadium Dall’Ara.

Tuan rumah juga meraikan penampilan pertama penyerang Sassuolo, Giacomo Raspadori, pilihan mengejutkan dalam senarai 26 pemain skuad itu berbaki 12 minit saingan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.