Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Fc8mL4.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Fc8mL4.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

JAIS tangguh upacara akad nikah hingga 30 Jun

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan sebarang bentuk pelaksanaan upacara akad nikah bermula hari ini hingga 30 Jun.

Menurut JAIS dalam catatan di Facebook hari ini, keputusan ini dibuat demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak, dan ia telah diperkenan Sultan Selangor.

Selain itu, dalam catatan berasingan, JAIS memaklumkan semua perkhidmatan ditawarkannya turut ditangguhkan sepanjang pelaksanaan “lockdown” penuh di seluruh negara, mulai hari ini hingga 14 Jun.

“Semua pelanggan JAIS disarankan sentiasa mengikuti laman rasmi www.jais.gov.my atau platform rasmi media sosial untuk sebarang pemakluman rasmi dan terkini,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui talian 03-55143400/ 03-55143600 atau e-mel ke [email protected]

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.