Jenaka rogol: Ahli Parlimen wanita kerajaan, pembangkang tulis surat kepada PM, desak tindakan segera

Sebelum ini, seorang pelajar menjadi tumpuan di media sosial selepas memuat naik video di TikTok, memetik guru sekolahnya berkata “jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”

PETALING JAYA: Dua puluh Ahli Parlimen wanita daripada kerajaan dan pembangkang menulis surat kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berhubung tindakan guru berjenaka mengenai isu rogol ketika sesi pembelajaran.

Mereka berkata, kes itu wajar diberi perhatian serius dan diambil tindakan segera oleh kerajaan.

“Walaupun laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa, kami Ahli-ahli Parlimen wanita telah meminta pihak kerajaan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) serta dasar sedia ada berhubung kaedah siasatan dilakukan terhadap laporan gangguan seksual yang berlaku di sekolah seperti ini dan di semua institusi pendidikan,” kata Ahli Parlimen berkenaan dalam kenyataan.

Mereka turut mendesak kerajaan bersikap serius, prihatin dan menjaga kepentingan pengadu, khususnya pelajar sekolah, dengan menangani segera isu berkenaan.

“Kami menuntut komitmen perdana menteri untuk memberikan jaminan keselamatan kepada pelajar yang berada di sekolah.

“Pelajar seharusnya berasa selamat di sekolah serta dilindungi oleh guru mereka dan bukan sebaliknya,” katanya.

Ahli Parlimen terbabit adalah Azalina Othman Said (Pengerang), Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan), Nancy Shukri (Batang Sadong), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Teresa Kok (Seputeh), Yeo Bee Yin (Bakri), Hannah Yeoh (Segambut), Teo Nie Ching (Kulai), Fuziah Salleh (Kuantan), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud).

Kasthuriraani Patto (Batu Kawan), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Rusnah Aluai (Tangga Batu), Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh), Nor Azrina Surip (Merbok), Alice Lau (Lanang), Azizah Mohd Dun (Beaufort), June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor), Noorita Sual (Tenom) dan Wong Shu Qi (Kluang).

Sebelum ini, seorang pelajar menjadi tumpuan di media sosial selepas memuat naik video di TikTok, memetik guru sekolahnya berkata “jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.