Jenazah Harussani selamat dikebumikan

[email protected]

Ipoh: Hujan renyai mengiringi suasana pilu kira-kira satu jam sebelum jenazah Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya, di sini, petang ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan sekitar jam 6.20 petang tadi.

Terdahulu, van jenazah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tiba pada 6.05 petang dengan diiringi anggota keselamatan yang mengawal kelancaran lalu lintas dan pergerakan orang ramai.

Proses pengebumian Allahyarham dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Allahyarham Harussani sebelum itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB pada 2.45 petang.

Pada 19 Mei lalu, Harussani disahkan positif Covid-19 dan menjalani rawatan di HRPB.

Harussani, 82, dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.