Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Jeneral ketuai kempen vaksin Kanada letak jawatan

MONTREAL: Seorang jeneral yang bertanggungjawab menyelaras kempen imunisasi COVID-19 Kanada meletak jawatan di Agensi Kesihatan Awam kerana disiasat tentera, menurut Jabatan Pertahanan Nasional semalam.

Pihak berkuasa dalam kenyataan ringkas, berkata beliau yang juga bekas komandan misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Iraq, Mejar Jeneral Dany Fortin meninggalkan tugas kesihatan awamnya sementara menunggu hasil siasatan tentera.

Fortin dilantik pada November lalu oleh Perdana Menteri Justin Trudeau untuk menyelaras logistik kempen vaksinasi terbesar dalam sejarah Kanada.

Tentera Kanada bertanggungjawab, bekerjasama dengan agensi kesihatan awam, untuk mengedarkan vaksin kepada masyarakat terpencil di negara yang luas itu.

Dalam beberapa bulan terakhir, tentera dikejutkan dengan beberapa siri siasatan terhadap pegawai tinggi yang dituduh melakukan gangguan seksual.

Mereka termasuk jeneral yang sudah bersara, iaitu bekas ketua kakitangan pertahanan Jonathan Vance, yang menafikan tuduhan terhadapnya.

Penggantinya, Laksamana Art McDonald, meletak jawatan beberapa minggu selepas pelantikan, berikutan siasatan terhadap tuduhan serupa.

Bulan lalu, Menteri Pertahanan Harjit Sajjan mengarahkan Pendakwa Raya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda dan bekas Yugoslavia, Louise Arbor, untuk menjalankan siasatan bebas terhadap pengendalian kes gangguan seksual dalam tentera. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.