Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

JKM serah 68,000 nama untuk Fasa 2 PICK

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyerahkan senarai nama 68,003 individu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk dipertimbang bagi fasa dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia merangkumi 48,564 warga emas ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan 19,439 Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti.

“Sebagai ahli kepada Jawatankuasa Khas Vaksin, permohonan dibuat supaya MOSTI mengasingkan 40,000 dos vaksin bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada kumpulan sasar kementerian,” kata kenyataan itu.

Katanya, KPWKM menjalinkan hubungan strategik yang berterusan bersama Kementerian Kesihatan, MOSTI dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) bagi memastikan kumpulan sasaran kementerian tidak tertinggal dalam pemberian vaksin.

Kenyataan itu menyebut, JKM sentiasa membuat pemantauan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19 ke atas 382 pusat jagaan warga emas dan 196 pusat jagaan OKU yang berdaftar dengannya.

“Setakat 11 Mei lalu, sebanyak 404 pusat jagaan sudah menjalani pemantauan,” katanya.

Sehingga kini, katanya, enam institusi bawah JKM sudah diberi tarikh oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menerima vaksinasi bermula 5 Mei lalu.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kumpulan sasaran KPWKM boleh melayari http://www.VaksinCovid.gov.my atau menghubungi Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version