Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

JKR pantau segera jalan rosak akibat banjir

bhnews@bh.com.my

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya Sabah memberi jaminan akan menyegerakan pembaikan kemudahan infrastruktur yang rosak terutama jalan raya di daerah yang terjejas akibat banjir.

Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pihaknya sudah mengarahkan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan pemantauan segera terhadap semua infrastruktur yang rosak sejurus banjir surut.

Beliau berkata, banjir besar yang melanda daerah Tenom, Beaufort, Sipitang dan Keningau sejak beberapa hari lalu dijangka menyebabkan banyak kerosakan yang memerlukan perhatian segera bagi memastikan jalan perhubungan penduduk tidak terjejas.

“Selepas banjir kemungkinan besar boleh berlaku beberapa perkara antaranya jalan runtuh, jambatan dihanyutkan atau berlaku runtuhan tanah disebabkan banjir dan hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

“Kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan ini, lebih-lebih lagi banjir kali ini disifatkan sebagai antara yang terbesar di Tenom dan Beaufort.

“Mana-mana kerosakan kecil akan dibaiki segera, manakala bagi yang membabitkan kerosakan besar, kita akan segera memohon peruntukan untuk pembaikan kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, difahamkan lebih 40 laluan terjejas akibat banjir, terutama di Tenom dan Beaufort dengan lebih 100 kampung dikenal pasti dinaiki air di kedua-dua daerah, termasuk di daerah kecil Membakut.

Selain jalan raya, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata banjir turut menjejaskan perkhidmatan kereta api yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Beaufort dan Tenom – Beaufort berikutan sebahagian landasan serta stesen dinaiki air.

Sementara itu, beliau meminta penduduk yang terjejas akibat banjir supaya sentiasa berwaspada dan mendengar nasihat pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika keadaan banjir semakin buruk.

“Paling utama selamatkan dokumen penting dan apabila berada di PPS, prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi bagi mengelak penularan COVID-29 berikutan keadaan sekarang yang membimbangkan,” katanya.

Setakat ini, lebih 1,400 mangsa banjir ditempatkan di 11 PPS di Tenom, Beaufort dan Sipitang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version