Johor benarkan bazar Ramadan, Aildilfitri di 3 daerah PKP

[email protected]

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, untuk terus beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil, berkata keputusan itu diputuskan kerajaan negeri selepas perbincangan lanjut dilakukan.

“Kerajaan Johor memutuskan bazar Ramadan dan Aidilfitri untuk tiga daerah yang dikuatkuasakan PKP iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi yang bermula esok dibenarkan untuk diteruskan.

“Pengoperasian bazar Ramadan bagi tiga daerah berkenaan dibenarkan dari jam 3 petang hingga 8 malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat.

“Manakala bazar Aidilfitri dibenarkan dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat.

PKP dilaksanakan di tiga daerah di Johor berkuat kuasa hingga 20 Mei.

Ayub berkata, bazar Ramadan dan Aidilfitri di daerah yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjalan seperti sebelum ini.

“Pengoperasian bazar Ramadan bagi daerah lain di bawah PKPB dibenarkan dari jam 3 petang hingga 8 malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat.

“Bazar Aidilfitri dibenarkan dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat,” katanya.

Sebarang perubahan, pindaan atau keputusan terkini kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.