Jom Bongkar Sisi Gelap Pemilik Rumah Kebajikan Dalam Drama “Bisik-Bisik”

“Bila kepercayaan dikhianati, keselamatan dijadikan perjudian.” Satu perkara yang mungkin sangat sensitif pada sesetengah orang namun realitinya dalam kehidupan seharian ianya benar-benar terjadi.

Menyuntik Kesedaran

Antaranya kisah kepincangan berlaku di rumah kebajikan tidak berdaftar yang menyebabkan penghuni rumah kebajikan terdiri daripada anak-anak yatim akhirnya menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Cuba menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa kepekaan mereka turut sama diperlukan untuk membanteras kejadian sama berulang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Drama TV RTM menerbitkan sebuah drama terbaharu mengangkat isu ini.

Barisan Pelakon Lama Dan Baru

via RTM

Mengisi slot Panggung RTM di TV1, drama bertajuk “Bisik-bisik” menemui penonton pada 24 September ini, pukul 9.00 malam dengan membariskan pelakon Sahronizam Noor, Datuk Mustapha Kamal, Natasha Elyzza, Gambit, Datuk Hilal Azman, Razman, Mahyuddin, Shahfi Rafiq, Adrianna Qasmia, Gen Darwish, Airis, Naurah Rayyani, dan Faiz Syafie.

Drama arahan Ikhsan Sukiman ini telah menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Mengisahkan Kepincangan Rumah Kebajikan

via RTM

Plot cerita drama ini mengangkat kisah kejayaan anak-anak yatim membongkar kepincangan yang berlaku dalam institusi penjagaan rumah kebajikan.

Ia mengisahkan tentang penubuhan haram rumah kebajikan yang tidak berdaftar di daerah Kuala Selangor.

Kepincangan pengurusan rumah kebajikan ini terbongkar apabila salah seorang anak yatim yang diambil menceritakan perihal yang berlaku kepada pegawai penyiasat yang menyamar sebagai keluarga angkat yang sedang melakukan risikan ke atas rumah kebajikan tersebut.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

The post Jom Bongkar Sisi Gelap Pemilik Rumah Kebajikan Dalam Drama “Bisik-Bisik” appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.