Jom! IKEA Menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia Dengan Mengangkat Keindahan Batik

Daripada berdiri dengan penuh bangga dengan tradisi Malaysia dan Sweden sehingga kepada rasa cinta terhadap makanan, IKEA akan menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia ini dengan menawarkan pelbagai juadah kegemaran tempatan serta tawaran eksklusif untuk bulan ini sahaja!

Bekerjasama Dengan Perusahaan Sosial Tempatan

via IKEA

Komitmen IKEA untuk mengurangkan pembaziran, dengan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah kecil ke arah gaya hidup lebih lestari.

Bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik di rumah buat rakyat Malaysia dengan penyelesaian yang berfungsi dan lestari, IKEA turut bekerjasama dengan perusahaan sosial tempatan, Batik Boutique untuk menghasilkan pembungkus bekas makanan yang cantik yang mencerminkan warisan unik kita.

Gabungan Budaya Sweden Dan Tradisional Malaysia

via IKEA

Pembungkus bekas makanan buatan tangan ini diilhamkan daripada warna diraja bendera Sweden serta motif batik tradisional kita, yang melambangkan kekayaan warisan Malaysia.

Menyantuni komuniti tempatan, pembungkus ini merupakan hasil tangan tukang-tukang yang mahir, dihasilkan melalui teknik batik tradisional yang menghidupkan ciri keunikan pada setiap helai.

Bukan sahaja cantik dilihat, pembungkus ini juga ada banyak penggunaan, baik sebagai hiasan mahupun aksesori fesyen untuk menzahirkan kebanggaan kita sebagai anak Malaysia!

Tawaran Terhad

via IKEA

Mulai 16 hingga 18 September, IKEA akan menawarkan pembungkus bekas makanan edisi terhad ini, eksklusif untuk ahli IKEA Family dengan perbelanjaan minimum RM400 di gedung IKEA.

Setiap rakyat Malaysia pastinya setuju, makanan dan warisan budaya kita berpisah tiada. Malah, sesi makan bersama-sama rakan dan keluarga sememangnya satu detik kegemaran kita semua.

Berinspirasikan budaya dan citarasa Malaysia dari kesemua 13 negeri, IKEA telah menghimpunkan satu rangkaian juadah kegemaran tempatan untuk memenuhi selera daripada mi soto yang panas-panas, sehinggalah mi rebus serta nasi lemak istimewa yang lazat.

Ceriakan setiap hari anda dengan beraneka pilihan sarapan pagi yang lazat mulai 11 September di Restoran Sweden IKEA yang tersedia dari pukul 9.30 pagi. Lihat tawaran terkini kami di IKEA.my/restaurant.

The post Jom! IKEA Menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia Dengan Mengangkat Keindahan Batik appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.