‘Jumpa di mahkamah,’ Dr Mahathir beritahu Khalid Abu Bakar

Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata sudah mengarahkan peguamnya untuk menjawab surat tuntutan dihantar bekas ketua polis negara, Khalid Abu Bakar yang mendakwa bekas perdana menteri itu memfitnahnya dengan dakwaan membocorkan maklumat pasukan petugas khas 1MDB.

Khalid merupakan ketua polis negara pada ketika itu.

“Saya menerima surat tuntutan daripada bekas ketua polis negara, Khalid Abu Bakar,” kata Mahathir di akaun Twitter.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk menjawab. Saya akan berjumpa beliau di mahkamah.”

Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak tertangguh disebabkab Khalid membocorkan maklumat pasukan petugas khas 1MDB pada 2015.

Disebabkan itu Khalid memberikan Mahathir tujuh hari untuk memohon maaf berhubung kenyataan yang dikatakan memfitnahnya.

Khalid turut menuntut Mahathir menarik kembali kenyataannya dan menuntut pampasan sebanyak RM10 juta sekiranya bekas perdana menteri itu gagal berbuat demikian.

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.