Kajian dapati kepercayaan kepada institusi di Malaysia urus COVID-19 meningkat

KUALA LUMPUR: Barometer Kepercayaan Eldermen 2021 mendapati kepercayaan kepada semua institusi di Malaysia termasuk kerajaan, perniagaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah meningkat susulan langkah tegas terhadap pandemik COVID-19.

Dalam kenyataan hari ini, ia memaklumkan, Malaysia mencapai skor purata Indeks Kepercayaan sebanyak 66 mata dengan mencatatkan peningkatan enam mata daripada 2020, naik dua tempat ke kedudukan ketujuh dalam kedudukan Indeks Kepercayaan Global.

Barometer Kepercayaan Eldermen 2021 adalah kajian kepercayaan dan kredibiliti tahunan syarikat ke-21. Kajian itu diperkasakan oleh Edelman Data & Intelligence dan mengandungi temu bual secara dalam talian selama 30 minit yang dijalankan pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

Indeks Kepercayaan Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Asia Pasifik daripada purata (62 mata) Asia Pasifik dan (56 mata) global dalam menguruskan cabaran pandemik COVID-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, kajian itu mendapati kepercayaan dibina di atas landasan yang lemah berikutan ketakutan yang meruncing terhadap pandemik telah mewujudkan tindakan segera oleh institusi-institusi terbabit untuk mencari penyelesaian terhadap masalah sosial yang kritikal.

Menambah baik sistem penjagaan kesihatan telah menjadi 62 mata lebih penting di samping menangani kemiskinan (53 mata) dan menambah baik sistem pendidikan (53 mata).

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.edelman.com/trust-barometer. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.