Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Kali terakhir ‘jumpa’ melalui panggilan video, kata bapa Haziq

Haziq Kamaruddin meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.

JASIN: “Tak ada apa-apa yang luar biasa. Kali terakhir kami berhubung pada raya pertama melalui panggilan video.”

Demikian perkongsian detik-detik akhir bersama Kamaruddin Yusof, 58, bapa kepada atlet memanah negara, Haziq, 27, yang meninggal dunia secara mengejut semalam.

Mengakui masih terkejut dengan kehilangan Haziq, beliau menjelaskan beliau dan keluarga sudah lama tidak bertemu kerana tidak boleh merentas daerah.

“Masa buat panggilan video, dia cakap sihat. Dia cerita semuanya bagus,” katanya yang ditemui pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham Haziq pagi ini.

Tambah Kamaruddin, anak kedua daripada tiga beradik itu juga teruja bercerita mengenai latihan dan persiapannya untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2021 di Jepun nanti.

“Apapun saya reda. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan jenazah arwah,” katanya menahan sebak.

Terdahulu, Allahyarham Haziq selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira 1.40 pagi tadi.

Pemanah recurve itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.

Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version