Kami boleh beroperasi semasa’ lockdown’ atau tidak?, soal Majlis Peguam

Berdasarkan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai senarai sektor yang dibenarkan beroperasi, firma guaman tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan asas.

PETALING JAYA: Majlis Peguam memohon penjelasan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri sama ada firma guaman di negara ini boleh beroperasi atau tidak semasa pelaksanaan “total lockdown”.

Setiausaha agungnya, Shahareen Begum berkata, berdasarkan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai senarai sektor yang dibenarkan beroperasi, firma guaman bukan dikategorikan sebagai perkhidmatan asas.

“Ia menyebabkan kami tidak boleh beroperasi secara fizikal ketika tempoh ‘lockdown’ dan ini menimbulkan persoalan dan kebimbangan antaranya mengakses premis untuk mendapatkan fail,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkara itu juga bagi memenuhi tarikh akhir prosedur memandangkan sesetengah mahkamah akan dikendalikan secara maya berdasarkan arahan.

Shahareen Begum.

Shahareen berkata, perkara itu juga sudah dibawa ke pengetahuan Ketua Hakim Negara dalam satu surat semalam dan Majlis Peguam masih menunggu jawapannya.

Pada 28 Mei, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” fasa pertama di seluruh negara untuk tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Dalam kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.