‘Kami mahu menang Liga Juara-Juara’ – Guardiola

Manchester: Pep Guardiola percaya keinginan Manchester City untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara mengatasi kekurangan pengalaman mereka menjelang final pertama bertemu Chelsea, Ahad ini.

Selepas pelaburan selama sedekad, City yang dimiliki jutawan Abu Dhabi sudah memenangi lima gelaran Liga Perdana dengan tiga daripadanya ketika di bawah bimbingan Guardiola.

Bagaimanapun Liga Juara-Juara menjadi badi kepada City dan Guardiola yang kali terakhir memenangi trofi itu selaku jurulatih ketika membimbing Barcelona pada 2011.

“Kadangkala anda memerlukan masa. Paling penting adalah bagaimana cara kami beraksi di pentas final. Kami akan beraksi dan mahu memenangi perlawanan itu,” kata Guardiola.

“Kadangkala kelab memerlukan beberapa aksi final untuk memenangi salah satu daripadanya. Ada kelab lain pula baru sekali ke final tetapi sudah muncul juara. Harap itulah yang boleh kami lakukan.

“Kelab ini masih baru tetapi kami sudah memenangi kejuaraan, memecahkan banyak rekod dan beraksi di pentas final Liga Juara-Juara buat kali pertama,” katanya.

Sebelum ini City tidak pernah melepasi lebih daripada peringkat suku akhir pada pentas Liga Juara-Juara sepanjang di bawah bimbingan Guardiola.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.