Karya bebas dadah

[email protected]

SATU permulaan yang baik untuk tahun ini buat kumpulan Indie, The Times apabila dilantik menjadi ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) peringkat negeri Selangor, baru-baru ini.

Ia sekali gus menjadi satu lagi penanda aras terhadap kumpulan yang dianggotai oleh Naza selaku vokalis dan pemain gitar, Bakri (dram) termasuk, dua anggota baru iaitu Khabin (gitar) serta Jibeng (bass) ini.

Paling utama, penghargaan ini dianggap cukup bermakna buat The Times di atas kerja keras mereka selama hampir 20 tahun terus berjuang dalam industri muzik tempatan.

“Alhamdulillah, kami amat berterima kasih atas pemilihan ini.

The Times akan bekerjasama dengan AADK Selangor mempromosikan gaya hidup sihat tanpa dadah kepada masyarakat.

“Kami ingin sampaikan mesej utama kepada orang ramai iaitu kita tetap boleh berkarya dengan baik tanpa bantuan bahan terlarang seperti dadah,” kata Naza.

Menerusi kerjasama ini, beberapa perancangan disusun oleh kedua-dua belah pihak seperti menjalankan kempen berkala di media sosial dan stesen radio merangkumi lagu tema, muzik video dan konsert online.

“The Times berharap kerjasama ini akan dapat membantu memberi kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan belia serta remaja di Selangor,” katanya.

Menyentuh berkenaan perkembangan seni, selepas 11 tahun tanpa album, The Times kembali bergerak aktif dengan penghasilan dua single baharu berjudul Separa Sedar dan Aries, pada April 2019 lalu.

Mereka gembira kerana pada awalnya hanya mengeluarkan sebanyak 500 unit album, namun akhirnya perlu ditambah kepada 500 unit lagi kerana permintaan yang menggalakkan dari peminat.

Naza berkata, The Times mulanya hanya berkongsi muzik video sesi ‘jamming’ lagu inidi studio sahaja di platform YouTube.

“Tak sangka, ia dapat maklum balas menggalakan dari peminat sehinggakan ada yang bertanya mengenai muzik video lagu-lagu ini yang sempurna.

“Buat masa sekarang, The Times kini sibuk menyiapkan rakaman untuk album terbaharu yang dijangka akan siap dan menemui peminat kami pada hujung tahun ini.

“Insya-Allah, kami akan keluarkan album penuh yang menghasilkan 10 lagu termasuklah dimuatkan juga single Separa Sedar dan Aries,” katanya.

Selain itu, The Times juga mengakui mereka masih lagi mengekalkan strategi pemasaran menerusi penerbitan kaset dan cakera padat (CD).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.