Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
Entertainment

“Keadilan Akan Ditegakkan”- Harith Iskander Komen Isu Pengasas Crackhouse Disenarai Hitam Seumur Hidup

Isu yang berlaku di kelab komedi Crackhouse masih lagi menjadi bualan ramai sehingga kini selepas pernah tular video seorang wanita yang dikatakan menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi itu pada Julai.

Terkini, pemilik Crackhouse Comedy Club itu telah disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara ini.

“Keadilan Akan Ditegakkan”

Isu tersebut turut mendapat perhatian pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander yang mengatakan bahawa keadilan akan ditegakkan dan mengakui dia mempunyai pendapatnya sendiri.

“Melarang seseorang mendapatkan lesen perniagaan seumur hidup? Dan kesnya belum muncul lagi? Atau Mungkin laporan dan headlines tidak menggambarkan keputusan sebenar?

Saya bukan pakar dalam undang-undang jadi saya tidak akan mengulas mengenai keputusan itu. Saya mempunyai pendapat tetapi pada penghujungnya keadilan akan ditegakkan.”-Tulis Harith Iskander

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka malah ada yang turut mempersoalkan pihak terlibat yang tidak menyenarai hitam ahli politik yang telah melakukan penipuan sehingga melibatkan jutaan ringgit.

“Politicians makan duit berjuta-juta tak black listed pun?.”

“Menghina Agama bukan satu jenaka!.”

“Sementara itu ahli politik yang bersalah masih bebas. Malah mewakili rakyat di Parlimen. Keadilan adalah satu perkara yang melucukan.”

Dipetik dari laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bermesyuarat pada 29 Julai lalu, bersetuju membatalkan lesen perniagaan kelab komedi berkenaan berkuat kuasa 30 Julai 2022.

The post “Keadilan Akan Ditegakkan”- Harith Iskander Komen Isu Pengasas Crackhouse Disenarai Hitam Seumur Hidup appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version