Kecoh Raya tambah keterujaan rai Syawal

[email protected]

KUALA LUMPUR: Menggandingkan artis dari dua label termasuk aktres popular, Diana Danielle dan Alvin Chong, single Kecoh Raya yang dilancarkan melalui aplikasi TikTok, menghangatkan lagi suasana menyambut Aidilfitri.

Selain Diana dan Alvin yang masing-masing bernaung di bawah Universal Music Malaysia, turut terbabit dalam projek itu adalah Kowachee dari syarikat sama serta Usop dan Ara Johari dari Rocketfuel Entertainment.

Tidak ketinggalan, Daniel dan Zahier dari stesen radio Era dan Izzryn dari TikTok.

Berkongsi keterujaan merakamkan single Kecoh Raya, Alvin berkata, lagu berkenaan ‘catchy’ dan boleh dinikmati dalam perjalanan pergi ke tempat kerja selain dimainkan di stesen radio Era.

“Lagu ini sangat sesuai untuk TikTok kerana penuh semangat dan sangat menarik.

“Banyak lagu raya yang didengari lebih melankolik termasuk kisah tidak dapat bersama ahli keluarga menyambut Aidilfitri.

“Lagu Kecoh Raya pula menyuntik elemen positif dan kegembiraan kepada pendengar. Saya harap anda semua akan terhibur,” katanya.

Ucop pula menyifatkan lagu berkenaan menonjolkan sisi berbeza dirinya.

“Saya perlu menari ketika penggambaran video muzik. Cukup menyeronokkan… Saya bersyukur berpeluang bekerja dengan artis lain.

“Ini suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Lirik lagu ini cukup mudah diingati,” katanya.

TikTok yang menjadi destinasi utama untuk video mudah alih berbentuk pendek, baru-baru ini melancarkan single Kecoh Raya ciptaan Mas Dewangga, Aden King dan Sirkhan.

Pelancaran single itu disertai dengan cabaran tanda pagar baru #KecohRayaTikTok bagi memberi lebih ‘hype’ kepada single istimewa berkenaan.

Lagu Kecoh Raya dilancarkan di semua peranti penstriminan digital sejak 7 Mei lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.