Keinginan Itali sama seperti Chelsea – Jorginho

ROM: Pemain tengah Itali, Jorginho berkata hari ini bahawa dia melihat keinginan tinggi dalam skuad kebangsaan bagi saingan Euro 2020 sama seperti pasukannya Chelsea yang sebelum ini merangkul trofi Liga Juara-Juara.

Itali kini teratas Kumpulan A selepas menang 3-0 mengatasi Turki dan selepas ini akan bertemu Switzerland awal pagi Khamis ini diikuti Wales selepas itu.

“Kumpulan ini menyerupai Chelsea, ia menakjubkan, mereka begitu laparkan kemenangan untuk membuktikan sesuatu, daripada paling muda hingga paling berpengalaman,” kata bekas pemain Napoli itu dalam sidang akhbar.

“Kami sudah belajar daripada falsafah (jurulatih Roberto) Mancini, apa yang dia mahu dalam kepala kami.

“Saya masih ada keinginan besar untuk menang. Saya tidak mahu berhenti sekarang. Saya mahu merasai emosi yang sama bersama pasukan kebangsaan.”

Jorginho, yang menjaringkan lima gol dalam 29 penampilan buat Itali sejak 2016, juga membandingkan antara pemain tengah Itali, Nicolo Barella dan rakannya di Chelsea, N’Golo Kante.

“Merekaa ada perwatakan yang sama,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

“Mereka ada kekuatan fizikal, mereka berlari sepanjang 90 minit dan mengawal keseluruhan padang. Mereka banyak membantu saya di bahagian tengah.” – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.