‘Kekalahan ini amat mengecewakan’

GDANSK, Poland: Villarreal menewaskan Manchester United 11-10 menerusi penentuan penalti untuk memenangi trofi utama pertama mereka di sini, sebentar tadi, selepas terikat 1-1 pada aksi final Liga Europa .

Pada penentuan penalti itu, penjaga gol United David de Gea gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir.

Gerard Moreno meletakkan Villarreal di depan pada minit ke-29 aksi final pertama kelab Sepanyol itu di pentas Eropah, tetapi Edinson Cavani menyamakan kedudukan di babak kedua.

Ketika skuad kendalian Unai Emery menjulang trofi Liga Europa pertama kelab itu, United pula terus kemarau kejuaraan sejak empat tahun lalu.

“Ia amat mengecewakan. Itulah bola sepak. Ada ketika ia ditentukan dengan satu sepakan – dan itu perbezaan antara menang dan kalah.

“Kami perlu belajar daripadanya, merasai perasaan ini dan memastikan kami tidak mengulanginya lagi,” kata pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer.

Bagi pemain tengah Villarreal, Francis Coquelin, ia gembira dengan kemenangan itu kerana akan membawa mereka ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

“Ia perasaan yang hebat sekali. Bermain menentang pasukan yang amat hebat seperti Manchester United, kami sedar ia akan menjadi sukar.

“Kami tidak dapat ke Liga Juara-Juara menerusi liga jadi layak melakui Liga Europa adalah sesuatu yang amat istimewa – dan juga gelaran pertama untuk kelab – amat menakjubkan,” kata Coquelin.

Pada penentuan penalti berkenaan, semua 21 sepakan berjaya disempurnakan sebelum percubaan De Gea ditepis penjaga gol Villarreal Geronimo Rulli.

Ini adalah kekalahan keenam United daripada tujuh penentuan penalti, manakala Emery pula merangkul gelaran Liga Europa keempat dirinya.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.