Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Kemalangan kereta kabel, 14 maut

Piedmont: Seramai 14 maut dan beberapa orang lagi termasuk kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan kereta kabel di utara Itali pada Ahad.

Menurut laporan Metro.UK, jurucakap pasukan penyelamat Alpine, Walter Milan berkata, kereta kabel itu jatuh berhampiran puncak garis Stresa-Mottarone dan ia sangat tinggi dari darat.

Ia dipercayai berlaku kira-kira 300 meter dari puncak gunung, di mana stesen ketibaan berada.

Operasi menyelamat menjadi lebih sukar kerana kereta itu jatuh di kawasan hutan.

Milan mendakwa kabel berkenaan diubah suai pada 2016 dan baru-baru ini dibuka semula selepas ia ditutup berikutan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri Itali Mario Draghi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Mottarone mencapai ketinggian 1,491 meter dan menghadap ke Tasik Maggiore yang indah.

Punca kemalangan belum dapat ditentukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version