Kempen beli rumah UEM Sunrise tawar 13 projek

[email protected]

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) memperkenalkan kempen ‘Riang Ria Raya Ceria’ yang membolehkan pembeli rumah menikmati kaedah pembelian rumah yang mudah serta pelbagai hadiah menarik.

UEM Sunrise berkata, pembeli berpeluang menikmati Kempen Pemilikan Rumah (HOC) serta duit raya, baucar dan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000.

“Walaupun masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ‘Riang Ria Raya Ceria’ bertujuan menyebarkan sikap optimisme dan positif ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah serta di rumah terbuka maya yang dianjurkan oleh UEM Sunrise.

“13 projek hartanah UEM Sunrise di Johor dan Lembah Klang akan ditawarkan sempena kempen ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong, berkata kumpulan terus membawa kemeriahan dan kegembiraan walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19 serta pelaksanaan PKP.

“Pembelian rumah adalah sesuatu keputusan yang besar, oleh itu kami ingin terus memberi pengalaman yang menarik kepada pelanggan dalam pembelian projek UEM Sunrise.

“Dengan berakhirnya Kempen HOC pada bulan ini, ia menandakan peluang terakhir untuk menikmati faedah serta pengecualian duti setem,” katanya.

Kempen ‘Riang Ria Raya Ceria’ akan berakhir 30 Jun 2021.

Sempena kempen ini, pembeli bebas untuk meneroka projek yang tertentu dalam pencarian rumah impian di laman web yang dinaik taraf termasuk lawatan unit pameran secara maya 360 darjah, sembang langsung dengan kakitangan khidmat pelanggan dan kalkulator pinjaman pengiraan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.