Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum hujung tahun ini – PM

Oleh: Kumaran Rajamoney

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan gaji penjawat awam akan dinaikkan, dengan pengumuman mengenainya dibuat sebelum hujung tahun ini.

Jelasnya, kenaikan itu wajar dilakukan berikutan struktur gaji penjawat awam tidak disemak sejak sekian lama.

“Alhamdulillah, kita (barisan jemaah menteri) ada kesepakatan dalam hal ini. InsyaAllah berita baik ini akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang, selewat-lewatnya pada belanjawan tahun ini.

“Jadi semasa belanjawan, dengar daripada mula sampai habis,” katanya.

Keputusan ini katanya dibuat meskipun kerajaan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam mengurangkan defisit perbelanjaan negara.

“Kalau ada kepincangan, itu bukan salah golongan pekerja tetapi pengurusan kerajaan. Sementara kita betulkan salah guna kuasa golongan pemimpin, kita kena cari jalan naikkan gaji penjawat awam ini,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani di UITM Pulau Pinang , di sini hari ini.

Pada Februari lalu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat menggesa kerajaan menyegerakan kenaikan gaji penjawat awam berikutan kedudukan gaji semasa tidak lagi sepadan dengan kos sara hidup tinggi.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam pada itu, dilapor mengumumkan bahawa semakan pertama struktur gaji penjawat awam selepas 12 tahun akan dibentangkan semasa Belanjawan 2025 berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan sistem pencen bagi pekerja baharu.

Mesyuarat bersama Perdana Menteri dilapor membincang dan menimbang inisiatif-inisiatif penambahbaikan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam.’

The post Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum hujung tahun ini – PM appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.

Read More

Sumber Web: Bantuan Kerajaan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version