Kenderaan di lebuh raya berkurang 60 peratus

[email protected]

Kuala Lumpur: Sebanyak 60 peratus kenderaan didapati berkurang di lebuh raya selepas pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terdapat penurunan jumlah kenderaan terutamanya sekitar Lembah Klang.

“Kita percaya boleh mengurangkan lagi jumlah berkenaan disebabkan itu kita sedang berusaha mengehadkan pergerakan orang ramai, hanya pergerakan penting sahaja dibenarkan.

“Berdasarkan laporan juga, saya mendapati selepas 8 malam keadaan di jalan raya hampir lengang dan tidak ada pergerakan ketara,” katanya ketika ditemui selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Jalan Duta di sini, hari ini.

Acryl berkata, pihaknya juga akan meningkatkan lagi tindakan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tumpuan orang ramai.

“Selain itu, pemeriksaan juga akan dilakukan di sektor perkilangan kerana masih terdapat yang beroperasi sedangkan mereka tidak dibenarkan, jadi tindakan akan diambil menerusi pemeriksaan yang akan dijalankan.

“Pasukan pematuhan SOP juga sudah diarahkan membuat pemeriksaan yang lebih agresif di kawasan riadah,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.