LONDON: Mouricio Pochettino dijangka akan kembali mengendali Tottenham selepas dikatakan kurang gembira bersama Paris Saint-Germain.
Pengerusi Spurs Daniel Levy sedang berusaha memujuk bekas pengendali kelabnya itu untuk meninggalkan Paris dan kembali ke White Hart Lane.
Sekiranya berjaya, kepulangan Pochettino mungkin mampu mengubah fikiran bintang Spurs, Harry Kane untuk terus kekal bersama pasukan.
Pochettino dipecat oleh Spurs pada November 2019 selepas lima tahun bersama kelab sebelum mengambil alih PSG pada Januari musim ini.
Jose Mourinho dilantik menggantikan Pochettino tetapi turut dipecat bulan lalu menjelang final Piala Liga.
Levy mengakui keputusan memecat Pochettino adalah kesilapan paling besar pernah dilakukannya. – AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Berita Harian