Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-R5e0m5.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-R5e0m5.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Keputusan rayuan kerakyatan budak lelaki 28 Mei

PUTRAJAYA: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Mei ini untuk memutuskan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang bapanya adalah warganegara Malaysia dan ibunya dari Filipina, bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Peguam Sharmini Thiruchelvam yang mewakili kanak-kanak itu, dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta Kerajaan Malaysia, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Prosiding mahkamah bagi memutuskan rayuan itu akan berlangsung secara telesidang menerusi aplikasi Zoom.

Panel Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menangguhkan keputusan rayuan itu pada 4 Februari selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.,

Bapa kanak-kanak itu telah mengemukakan permohonan kepada JPN untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi anaknya namun ditolak tanpa sebarang alasan yang sah pada 2012.

Budak itu yang dilahirkan di Filipina sebelum ibu bapanya berkahwin di Malaysia beberapa bulan kemudian, telah memfailkan saman pemula menerusi bapanya bagi memohon deklarasi bahawa dia adalah rakyat Malaysia.

Turut dimohon ialah perintah bagi memaksa Ketua Pengarah JPN mengeluarkan sijil lahir dan kad pengenalan Malaysia kepada kanak-kanak itu.

Pada 23 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi telah menolak saman pemula itu selepas memutuskan bahawa kanak-kanak itu tidak layak mendapat kerakyatan Malaysia kerana ibunya bukan warganegara Persekutuan Malaysia ketika dia dilahirkan.

Rayuannya turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Feb 2019. Dia mendapat kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan pada 15 Okt 2019 bagi membolehkan empat isu perundangan dalam kes itu diputuskan.

Pada prosiding rayuan 4 Februari lalu, peguam Datuk Dr Cyrus Das yang hadir bagi pihak kanak-kanak itu berhujah bahawa satu-satunya syarat bagi seseorang yang dilahirkan di luar negara layak mendapat kerakyatan Malaysia ialah bapanya adalah warganegara Malaysia ketika dia dilahirkan.

Bagaimanapun, Shamsul berhujah bahawa kanak-kanak itu tidak layak mendapat kerakyatan Malaysia mengikut Seksyen 1(b) dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan kerana dilahirkan sebagai anak luar nikah.

Beliau berkata perkahwinan ibu bapa kanak-kanak tersebut selepas itu tidak mengubah statusnya yang dilahirkan sebagai anak luar nikah. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.